Seorang guru berpengalaman.
SUBJEK;
~B.MELAYU (UPSR,PMR,SPM)
~SEJARAH (PMR & SPM)
BAYARAN PER JAM;
~RM30 (UPSR)
~RM35(PMR)
~RM40(SPM)
PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI;
PN.RUZIMA
0146833073
0129605345
Seorang guru berpengalaman.
SUBJEK;
~B.MELAYU (UPSR,PMR,SPM)
~SEJARAH (PMR & SPM)
BAYARAN PER JAM;
~RM30 (UPSR)
~RM35(PMR)
~RM40(SPM)
PERTANYAAN LANJUT HUBUNGI;
PN.RUZIMA
0146833073
0129605345
HARGA: RM30 KG(mengikut harga
Semasa pisang)
Untuk tempahan boleh hubungi;
No tel:0176133914 Pn.Hakimi
~TEMPAHAN YANG DIBUAT SEKURANG2NYA 3 HARI LEBIH AWAL
Asal Usul Nama Terengganu
Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan"Terangnya ganu", "Taring anu" dan "Terengan nu". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu iaitu penduduk Kelantan dan Pahang. "Terengnya ganu" ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelayar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi dilangit. Mereka pun menyatakan "Teren sungguh ganu di sini". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya".
Sementara itu "Taring anu" dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar (1839 - 1876). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu terjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "taring anu" kerana dia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, diantara mereka dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di "Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu.
Sebuah kisah lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulang-alik menggunakan kedua-dua sungai ini. Jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan sama ada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana, mereka akan jawab sama ada ke "Terengan ni" atau "Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncul lah Terengganu.
Kedatangan Islam
-Setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh atau tahun dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut.
Dengan itu bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembagan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis Batu Bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam.
Dalam pada itu terdapat bukti pada kurun ke-16, Sharif Muhammad Al-Baghdadi sudah berada di Kuala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan Agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah, Kuala Berang. Keturunan beliau, Abdul Malik bin Abdullah ( dikenali sebagai Tuk Pulau Manis ) meneruskan kegiatan keagamaan di Terengganu. Setelah kira-kira 10 tahun menuntut di Mekah dan Madinah, disekitar tahun 1690 Abdul Malik pulang ke Terengganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang.
NASI AYAM
-3 pot beras
basuh beras bersih-bersih dan toskan
-lemak dan kulit ayam ( basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
-3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
-3 ulas bawang merah
-3 ulas bawang putih
-1 inci halia
CARA2
-masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi kemudian masukkan sup dari rebusan ayam..siap nasi ayam!!!!
SUP
-potongan ayam
(bahan tumbuk)
-4 biji bawang putih
-2 biji bawang merah
-2 inci halia
-1 kiub ayam
-daun sup
-daun bawang
-bawang goreng
CARA2
- didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.
AYAM
Bahan perap
-sos tiram
-kicap cair
-kicap manis
-madu
-3-4 titik minyak bijan
-Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)
KUAH LADA
-4-5 lada hidup (merah)
-1 biji bawang putih
-sedikit gula
-sedikit garam
-1/2 sudu kecil cuka
-2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)
KUAH KICAP
-*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis..
Senangkan?
Selamat mencuba dan menjamu selera...
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta .
~walau dimana pun berada tidak lupa asal usul dan bangga menjadi rakyat malaysia!!!